Friday 25 October 2013

CORETAN WARKAH

Calon imamku yang dirahmati , 

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita , oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan) , dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta meraka . " 

                                                                   (Surah An-Nisaa' Ayat : 34) 




   Membenarkan seperti apa yang telah DIA katakan dalam Qalam-NYA yang mulia , aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir . Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata . Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaan-NYA . Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran , qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga , INSYAALLAH . 


   Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku . Kau terlalu membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata . Benar ? Ketahuilah , aku tidak menginginkan hantaran bersusun , mas kahwin yang hanya menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama . Cukuplah seandainya , maharku sebuah Qalam Mulia , AL-QURAN , kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumah tangga kita dalam meraih keredhaan-NYA , bukan kekayaan dunia yang hanya bersifat sementara . Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan ini , kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku , INSYAALLAH . Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang di sekelilingmu , itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan . Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur , tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan , karana semuanya berada di dalam udara Qanaah , redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im . 






   Lihatlah rumah tangga Rasulullah SAW , kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan , pernah dapurnya tidak berasap kerana tiada bahan makanan yang dapat dimasak . Walaupun sedemikian susahnya , rumah tangga Rasulullah SAW tetap menjadi rumah tangga yang paling bahagia yang tiada tolok bandingnya hingga ke hari ini . 


   Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini . Cukup dahulu buat tika ini , andai diizinkan aku akan kembali menitipkan lagi kiriman bertintakan hati ini . Akhir bicara , maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan . 

WASALAM . 



"YA ALLAH , GEMBIRAKAN KAMI DENGAN REDHA-MU"




Saturday 5 October 2013

WAHAI KAMU YANG TELAH MELUMPUHKAN HATIKU



Sebenarnya coretan ini ingin aku kirimkan kepada kamu yang melumpuhkan hatiku. . Coretan ini ingin ku selitkan dalam satu kehidupan mu,namun aku hanya perempuan yang tak memiliki keberanian dalam mengungkapkan semua percikan – percikan rasa yang terjadi dalam hatiku. .  Aku hanya dia yang engkau anggap tidak lebih,aku hanya merasa seperti itu. . 

Wahai kamu yang melumpuhkan hatiku,

Seperti yang engkau tahu,aku selalu berusaha menjauhi darimu,aku selalu berusaha bersikap tidak acuh padamu. . Saat di depanmu,aku selalu berlagak normal walaupun aku hanya berpura – pura. . 

Tahukah wahai kamu  yang melumpuhkan hatiku?
Entah mengapa aku dengan mudah berkata “cinta” kepada mereka yang tidak ku cintai. .  Namun kepadamu,lisan ini seolah – olah terkunci. . Dan aku rasa beruntung kerana tidak pernah mengucapkan bahawa aku mencintaimu,walau aku teramat sakit di saat mengetahui bahawa aku bukanlah mereka yang engkau cintai,walaupun itu hanya  prasangka ku. . 
Jika boleh aku beri alasan,mungkin kerana aku takut engkau akan menjadi “illah” kepada ku. .  Kerana itu,aku berusaha untuk mengurung rasa itu jauh ke dalam,sehingga yang terjadi adalah tolakan-tolakan dan lonjakan yang membuatku semakin bingung. . 
Sakit hatiku berbicara bahawa engkau mencintai dia dan tiada aku dalam kamus cintamu. .  Sememangnya sakit,sakit yang terasa begitu perit. .  Namun 1000 kali rasa itu lebih baik di saat aku mengerti bahawa senyum mu adalah sesuatu yang bererti bagiku. .  Ketenteraman mu adalah buah cinta yang amat teramat mendekap hatiku. . 
Dan aku mengerti bahawa aku harus mengalah. . 

Wahai kamu yang melumpuhkan hatiku,
Andai aku boleh berdoa kepada ALLAH,mungkin aku ingin meminta agar Dia membalikkan sang waktu agar aku mampu mengubah saat-saat pertemuan itu,hingga tiada tatapan pertama itu,yang membuat hati ini terus mengingatimu. . Jarang aku memandang lelaki,namun satu pandangan sahaja telah meluluhkan bahkan melumpuhkan hati ini. .  Andai aku buta,tentu itu lebih baik daripada harus kembali lumpuh seperti ini. . 
Banyak lembaran buku yang telah ku telusuri,banyak teman yang telah ku minta pendapat. .  Mereka mendorongku untuk mengakhiri segala prasangku tentang kamu dan dia,kerana sebahagian prasangka adalah suatu kesalahan. . Namun di sudut yang lain,ada dorongan yang begitu kuat untuk ku tetap menahan rasa yang terlalu awal,yang telah tertancap dihati ini. . 

Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku,
Mungkin aku bukanlah perempuan gentleman yang bersedia untuk menikah denganmu dengan segera. .  Masih banyak perkara lain dalam hidup ini yang harus ku kejar. .  Sesungguhnya aku tidak ingin menanggung beban ini,yang akhirnya akan menuju kerosakan,jika hati ini tidak mampu ku jaga. .

Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku,
Mungkin saat ini hatiku adalah milik mu. .  Namun tidak akan aku berikan setitik pun saat-saat ini,kerana aku telah bertekad dalam diriku bahawa saat-saat indah ku hanya akan ku berikan kepada IMAMku. . 

Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku,
Tolong bantu aku untuk meraih imam ku bila dia bukanmu. . 
Wahai engkau yang telah melumpuhkan hatiku,
Tahukah kamu bahawa saat inilah yang paling ku takutkan dalam diriku. . Jika DIA tidak menganugerahkan aku setitik rasa malu,tentu aku telah meminangmu. . Ya,aku tahu 'SEPERTI PERIGI MENCARI TIMBA". . 

Andai rasa malu itu tidak pernah ada,tentu aku tidak berusaha menjauhimu. . Kadangkala aku bingung,apakah penjauhan ini merupakan jalan yang terbaik?
Mengorbankan ukhuwah diantara kita?
atau harus mengorbankan iman dan maluku hanya demi perkara  yang remeh ini?
Aku semakin tidak mengerti diriku. . 

Ingin ku meminta kepada mu,sudikah engkau menungguku? sehingga aku siap dengan yakin untuk menemanimu? Dan kau pun siap untuk membimbingku?
Namun wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku, 
kadangkala aku terfikir,semuanya pasti akan berlalu dan aku merasa saat-saat ini pun akan segera berlalu. . Tetapi ada ketakutan dalam diriku,apabila aku melupakanmu. . Aku takut tidak akan pernah lagi menemukan dirimu dalam diri mereka-mereka yang lain. . 
Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku,
Izinkan aku menutup coretan ini dan biarkan waktu berbicara tentang takdir antara kita. . Mungkin nanti saat dimana mungkin kau telah menimang cucu mu dan aku juga demikian,mungkin kita akan saling tersenyum bersama mengingati kisah lama kita yang tragis ini. . 
Atau mungkin saat kita ditakdirkan untuk menempuh jalan menuju keindahan sebahagian dari iman,kita akan tersenyum bersama akhirnya,setelah menahan perit rindu yang begitu menggoncang. . 
Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku,mintalah kepada Tuhan mu, Tuhan ku, dan Tuhan semua manusia, kesudahan  yang terbaik terhadap kisah kita. . Memintalah kepadaNya agar iman yang tipis ini mampu bertahan,memintalah kepadaNya agar tetap menetapkan malu ini pada tempatnya. . 
Wahai engkau yang sekarang ku cintai,semoga perkara yang terjadi ini bukanlah sebuah DOSA. . 

Saturday 21 September 2013

Kenapa , Kenapa dan Kenapa ?




“KENAPA PEREMPUAN CEPAT MERAJUK??”
“KENAPA PEREMPUAN SELALU CEMBURU??”
“KENAPA PEREMPUAN SENTIASA RISAU AKAN SESUATU??”

Dan jawapan dari hati seorang insan bernama perempuan. . 

Kami MERAJUK pasti ada sesuatu yang menyentuh hati. . Kami CEMBURU bukan tidak bersebab. . RISAU kami juga bersebab yang menyentuh nurani kami. . Fitrahnya ciptaan seorang perempuan. . Allah ciptakan kami punyai hati yang terlalu halus,punyai 9 nafsu dan 1 akal. . Bukan kami tidak bisa berfikir dan kadang-kadang kami berfikir lebih rasional dari kaum adam. . Cuma fitrah kejadian ini tidak dapat lari dari hati kami,mudah tersentuh. . Sekuat mana perempuan itu pada luarannya..namun dia tetap perempuan…sekalipun dia bisa menggoncang dunia…namun dia tetap perempuan. . Sekalipun dia biasa menakluk dunia,namun dia tetap perempuan,sekalipun dialah yang memegang takhta pemerintahan,namun dia tetap perempuan. . Punyai kehalusan hati,emosi di sisi diri,namun rasional kami jua dari emosi. . :(

Dicipta kami dari tulang rusuk kiri seorang insan bernama lelaki bukan untuk di sakiti,bukan untuk di lukai. . Namun hikmahnya ciptaan kami,dari situ la kami ingin dilindungi,dari sisi kirimu jua kami ingin dikasihi,dari sebelah kiri jua kami dicipta menjadi kekuatan buatmu kaum adam,kami jua sayap kiri buatmu pejuang-pejuang agama Allah,menjadi nadi mujahidah untukmu ISLAM. . :)

Kisah isteri tercinta Rasullullah s.a.w iaitu Siti Aisyah R.A , Di antara bukti cinta Aisyah terhadap suaminya adalah jika bangun tidur dan tidak menemukan Rasulullah di sampingnya, ia merasa khawatir dan gelisah. . KERISAUAN si isteri melihat suami tiada disisi. . Kuatnya cinta yang terpatri di hati insan seorang perempuan,begitu jua kami insan biasa yang diciptakan allah punyai naluri emosi yang kuat,pasti kerisauan datang menjengah bila mana tidak nampak di depan mata. . MAAFKAN KAMI KERANA SERING RISAU AKAN SESUATU. . :'(

Perkongsian dari kisah hati muslimah agung , Siti Aisyah R.A , isteri kesayangan rasullullah. . Dua ciri paling menonjol dalam diri Aisyah adalah sifat manja dan cemburunya yang tebal. . Jika ada orang yang mengaku mencintai Rasulullah seperti ia mencinta beliau,Aisyah merasa sangat sedih dan cemburu,bahkan kendati pun wanita itu sudah wafat. . Misalnya,walaupun Siti Khadijah telah tiada,Rasulullah selalu saja mengenang dan menyebut-nyebut namanya kerana beliau dulu banyak bergantung kepadanya dan hal ini sampai membuat Aisyah cemburu. . Kecemburuan Aisyah ini tidak bisa diredam dan dibendung lagi. . Namun,itu juga sebagai bukti rasa cinta Aisyah kepada Rasulullah. . KECEMBURUAN kami sebenarnya antara kebuktian cinta dan kasih sayang kami. . Bukan tidak cemburu itu tidak sayang tapi mungkin sesuatu itu tidak sampai menyentuh hati yang paling dalam. . MAAFKAN KAMI KERANA SELALU CEMBURU. . :'( 





Saturday 31 August 2013

Ini Bukan Sekadar Kata-Kata



Ini bukan sekadar kata. . 

Agar kamu jatuh hati padaku. .

Namun ini adalah kejujuranku. .

Mengapa aku berkata seperti ini ?

Kerana aku menyukai orang yang mencintai-NYA dan mencintai RASUL-NYA. .

dan dengan keteguhanmu boleh mengajakku untuk semakin mencintai-NYA.  .



"AKU MERINDUKANMU KERANA ALLAH". .

Ini bukan untaian rahsia dalam hatiku untuk memikatmu. . 


Mengapa demikian ?

Kerana aku tahu mengucapkan itu menyempurnakan hidupku. .

dan pernikahan adalah sunnah RASULULLAH dan dia adalah kekasih ALLAH. .


"AKU MENUNGGUMU KERANA ALLAH". .

Ini bukan desakan perasaan untuk sebuah penantian. .


Tetapi mengapa ?

Kerana aku tahu diriku banyak kekurangan. .

dan kerananya ku perlukan seseorang yang lebih halus untuk menaklukkan hatiku. .

Yang tegas dan teguh untuk menguatkan hatiku yang lemah dengan izin-NYA. . 


Aku tahu terlalu banyak yang harus kuperbaiki. .

Kerananya aku menunggumu untuk menjadi pendampingku dengan tulusmu. .

Untuk lebih mengajarku dengan sabar hingga kenikmatan imanku terhadap-NYA . .

Semakin dalam dengan izin-NYA disetiap hari dan untuk selamanya. .

Aku tahu dalam hatiku aku tak ingin hidup sendiri kerana aku berharap ALLAH menganugerahkan padaku seorang imam untuk berbagi banyak hal dan menerima kekurangan diri. .

Bila benar ada dalam hidupku. .

Semoga ALLAH memantapkan hati kita dan mendekatkan kita dijalan yang lebih diredhai-NYA. .



Aku mencintaimu kerana ALLAH. .

Aku merindukanmu kerana ALLAH. .
Aku menunggumu kerana ALLAH. .




Di raga manakah kamu bersemayam ?

Dari sini ku menatap jejakmu bagaikan menari dengan angin. .

Di antara gemuruh ombak kerinduanku terasa getarku. .

Izinkan bisik hatiku sebagai petunjuk arahmu dengan izin-NYA. .

YA ALLAH. .


Rendamkanlah rinduku dijalan yg terbaik menurut ENGKAU untuk dunia dan akhiratku. .


Bila saudara dan teman tak lagi cukup menemani kehidupanku. .

Maka hari itu yang aku tunggu. .

Penantiku pasti kerana ENGKAU tidak pernah alpa dalam berjanji dalam kalam-MU. .





Wednesday 14 August 2013

Hidup Tak Selalu Indah Kerana Di Situlah Keindahan Hidup




Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu,
Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju,
Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati.
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku,
Walau ku tahu ragamu tak utuh,
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh,
Karena bagiku engkaulah nyawaku.
Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu,
Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju,
Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati.
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku,
Walau ku tahu ragamu tak utuh,
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh,
Karena bagiku engkaulah nyawaku.
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku,
Walau ku tahu ragamu tak utuh,
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh,
Karena bagiku engkaulah nyawaku.
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku,
Walau ku tahu ragamu tak utuh,
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh,
Karena bagiku engkaulah nyawaku.
Karena bagiku engkaulah nyawaku.......



Monolog Hari Jadi

Kita akan temui semula suatu yang hilang
di tempat kita kehilangannya
sering kali kegagalan memberi kita peluang
untuk bermula dengan lebih baik . 

Entah mengapa , di hari lahir kali ini hatiku sayu sekali . Ucapan tahniah dan hadiah yang melimpah
, tidak dapat mengusir segala kesepian yang menjengah . Hati terpasung oleh kata-kata yang
pernah diucapkan oleh Saidina Ali :

"Manusia semua tidur , bila mati baru mereka terjaga . "

Kata-kata itu menusuk ke lubuk hati . Merobek-robek sisa-sisa kegembiraan yang masih tersisa .
Apakah aku masih tidur ? Ahh....tidur yang sangat panjang kalau begitu . Teringat pula kata
Imam Ghazali :

"Ada manusia yang sedang ketawa ria , sedangkan kain kafannya sedang dirobek-robekkan . "

Ya , 14 Ogos ulang tahun kelahiranku . Sudah hampir 17 tahun bernanung di bawah langitMU .
Belum puas aku terasa menjadi hambaMU yang sebenar . Masih berpura-pura . Alangkah
alpa dan berdosanya aku . Apakah sisa umurku masih panjang ? Atau seketika lagi ?
Aku tidak pasti .

Ketika ramai teman mengucapkan selamat panjang umur , hakikatnya umurku semakin
pendek . Bukankah tarikh mati setiap manusia sudah ditetapkan ? Dan hari ini , esok dan lusa aku
menapak lagi....semakin hampir pada tarikh kematian yang dijanjikan . Duhai , tertipunya
aku ketika menerima ucapan selamat hari jadi.....selamar pulakah hati matiku ?

Aku belum bersedia untuk bertemuMU , YA ALLAH . Walaupun aku tahu , siapalah aku
untuk menyatakan tidak dan tunggu . YA ALLAH..... Segala kekuatan hanya padaMU jua .
KAU yang Maha Tahu apa yang terbaik . Aku meraya padaMU YA ALLAH pada tarikh
ini..... untuk mengemis keampunanMU dengan tangan yang berdosa , dengan hati yang
tercela . Jika tidak mengenangkan ENGKAU Maha Pengampun , aku tidak akan datang YA
ALLAH . Rasa malu dan hina untuk meminta . Apakah aku diterima ?


YA ALLAH pada hari ini , ku pinta leraikan lah segala kekusutan di fikiranku . Mohon
dijinakkan nafsu liarku . Tenangkan lah gelojak hati ini . Wahai Yang Maha Adil , kutiplah
aku untuk menumpang sekalipun di pinggiran rahmatMU . Walau sering aku lupa , namun
aku sentiasa mendamba .

Entah mengapa , gelombang rasa ini sering datang dan pergi . Gelombang mujahadah ini tidak
pernah tenang . Jangankan mutmainnah , malah ammarah pula yang sering melanda . Kekadang
aku sendiri bertanya , akukah aku ini ? Terasa diri bersalin 2 , 3 dan... YA ALLAH , jauhkan
aku dari topeng munafik yang menipu daya ini .

Aku bukan lah Hanzalah yang mencurigai dirinya munafik walau takwanya melimpah . Bukan
juga Umar Al-Khattab , yang tega memukul diri walaupun sedikit berdosa . Pun bukan
Rabiatul Adawiyah yang sentiasa berkata : "Sesungguhnya istighfarku memerlukan satu
istighfar lagi .

Aku juga tidak mampu menangis kerana dosa . Hatiku keras amat . Ku cuba menangis dengan
berasa kesal . Tetapi gagal . Mengapa aku tidak mahu menangis kerana gagal menangis ?
YA ALLAH..... kerasnya hatiku ini . Mohon dilembutkan , Ya Rabbi . Atau mohon
diberi 'hati' yang lain . Hati yang ada ini bagaikan sudah mati , YA ALLAH .

Aku kembara telah jauh . Namun kolam hatiku kian keruh . Beban tambah berat , diriku
kian penat . Urusan kian payah . Jiwa semakin gundah . Justeru , mudah-mudahan
di hari lahirku ini akan 'dilahirkan' semula . Lahir sebagai insan yang sentiasa mengingatiMU .
Yang mampu hidup antara kekangan takut dan lingkungan harap . Takut , kalau-kalau
dimurkai . Harap , minta-minta diampuni .

Dalam kehidupan ini , karap kali yang kita lihat sebagai satu pengakhiran 
rupa-rupanya adalah satu permulaan yang baru . 

Mudah-mudahan... ini adalah permulaan yang baik . Amin Ya Rabbulalamin........



Friday 14 June 2013

Warkah Cinta



Cinta itu bermula dari Adam dan Hawa ,
Dikisahkan Yusuf dan Zulaikha ,
Diabadikan Shah Jehan dan Mumtaz Shah ,
Diperikan pula Romeo dan Juliet ,
Diceritakan Rama dan Sita ,
Dilakonkan oleh Laila Majnun ,
Dan kini , kita pula yang meneruskan .


Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta dan rindu sejati .
Ibarat tasbih dan pengikatnya ,
Terajud menjadi untaian ,
Yang akan selalu disentuh satu demi satu oleh insan yang mulia ,
Yang bibirnya sentiasa dibasahi akan cinta kepada ALLAH SWT .


Biarpun mungkin awak selalu jauh di mata tetapi awak selalu sentiasa di hati . 

Walaupun jauh kita berpisah ,
Walau jarak yang menjadi penghalang ,
Percayalah kalau sudah tercatat di Luh Mahfuz yang awak adalah milik saya ,
Sejauh mana kita mengelak sekalipun ,
Sejauh mana kita terpisah ,
Selama mana kita berpisah ,
Kita akan disatukan keranaNYA .

Saturday 8 June 2013

Untukmu Bakal Zaujku


Assalamualaikum bakal zaujku . apa khabar imanmu? semoga baik2 dan bertambah baik . 

Bakal zauj ku,
yang jauh dimata,
betapa aku rindukan gurau sendamu,
gelak tawamu,
aku juga rindukan ujian yang kau berikan kepada ku,
untuk melihat perkembangan hidupku,
walau setiap ujian itu sungguh perit aku terima,
tapi aku akan cuba tabah,
dan terima hakikat jika apa yang kau katakan itu benar,
dan tiada yang batil . 

Bakal zauj ku,
diri ini kadang kadang tidak sabar
menunggu dirimu hadir di hadapanku,
aku ingin sungguh berjumpa,
dan melihat sendiri bakal calon penuntun syurgaku . 

Bakal zauj ku,
terkadang aku berfikir,
masih ada lagikah,
kasihmu pada diri ini?
aku mengambil masa yang lama,
untuk mendapatkan jawapan,
yang tidak ku tahu hingga kini . 



Bakal zauj ku,
selalu aku bayangkan,
janji mu jadi kenyataan,
betapa indahnya saat ia berlaku,
tapi malangnya,
ia belum pasti berlaku antara kita . 

Bakal zauj ku,
aku sentiasa mendoakan,
supaya aku dan kau,
dapat bersama,
dan hubungan ini berakhir,
dengan sebuah keluarga sakinah , mawaddah dan warahmah 
yang semua impikan . 

Bakal zauj ku, 
maafkan diri ini,
jika diri ini melampau memberi kata - kata,
maafkan diri ini,
jika kata kata ini merimaskan dirimu disana . 

Akhir kalam,
Assalamualaikum . 

YA ALLAH , lindungilah calon penuntun syurgaku .



Tuesday 21 May 2013

Wajah Indahmu Disebalik Sehelai Kain Yang Menutupi Wajahmu


'"Wah, cantik dia pakai jubah dan tudung labuh, mesti ramai lelaki soleh yang tertarik.”
“Pakai niqob nampak baik, mata yang memukau, mesti ramai lelaki muslim yang tertarik.”
Siapakah yang penyebab dialog diatas, pemakainya atau yang melihatnya?
DramaKing dan DramaQueen ini kadang-kadang menjadi buah mulut masyarakat kita, bila melihat gadis muslimah berniqob. Persepsi yang sungguh berlainan antara jantina bila melihatnya. Jadi apakah situasi ini betul atau sebaliknya. Mari kongsikan bersama saya!
Sudut pandang sisi seorang LELAKI
Sedih rasanya bila maqosid dan tuntutan asal berniqob disalah ertikan oleh mereka yang tahu akan hukum-hakam berniqob.
Sebagai seorang lelaki muslimperasaan sukakan kepada wanita muslimah itu sudah menjadi kelaziman bagi mereka yang sudah terkena pukauan gadis muslimah ini. Sejuknya mata dan berbunga hati bila melihat gadis muslimah berpurdah, terdetik dalam sanubari untuk mencari gadis muslimat  yang berpurdah.
Perwatakan mereka yang bertudung labuh, berjubah ditambah pula dengan sehelai kain menutup muka membuatkan silelaki ingin tahu dan ingin mendekati sigadis tersebut. Walaupun hanya dapat melihat dari jauh ia cukup membuatkan fitnah itu menjalar tanpa mereka sedari.
Saya tidak nafikan mereka yang yang memakai pakaian muslimah ini mempunyai akhlak yang baik. Tapi dari pengalaman. Dari sini ada sesuatu yang saya hendak sampaikan. Mereka. Yang bertudung labuh dan juga berniqob sekalipun, tunjukkanlah contoh yang baik. Berakhlaklah seperti mana pemakaian. Bukan sekadar luaran bahkan jua dalaman.
Mungkin kerana terkena panahan matanya atau sebaliknya!
Saya sangat menghormati mereka yang memakai niqob ini, tetapi sejak-sejak akhir ini saya nampak ia menjadi satu trend masakini untuk berselindung dari wajah sebenar atau atas kefahaman atas pemakaian tersebut. Walahualam.
Pengalaman, saya pernah berselisih dengan seorang gadis muslimah memakai niqob ala-ala saudi meliputi jubah di seluruh badannya dengan warna hitam, tetapi apa yang saya pelik disini, ternampak dengan jelas solekan maskara dan lentikan bulu mata tambahan dengan anakmata biru itu seolah-olah ingin menarik pandangan jejaka-jejaka yang melihatnya.
Adakah disebabkan berniqob ini gadis muslimah ini dibolehkan bersolek?
Sudut pandang sisi seorang WANITA
Bagi wanita mereka ada sebabnya sendiri kenapa memilih untuk berniqob. Kenal pastilah dulu setiap amalan dalam kehidupan ini, kerana ia  tidak boleh dipisahkan dengan niat. Refresh balik niat memakai purdah itu berniat untuk menjauhi fitnah daripada individu dan masyarakat luar terutama sekali kepada kaum muslimin atau masyarakat arab, dipersilakan.
Memakai purdah dengan penuh keikhlasan akan memberi sedikit benteng maruah dan keimanan kerana pandangan orang awam terhadap gadis muslimah yang berpurdah ini agak berlainan sedikit. Tapi bila sudah berselindung disebalik purdah, kenapa harus kita membuka ruang fitnah orang awam tehadap kita?
Jangan jadikan niqab ini fesyen.
“Orang solehah dia pakai niqab.” “Artis solehah pon pakai niqob.”
Tidak. Jangan begitu. Kalau pakai niqob kerana itu, maka niqob sudah menjadi fesyen, bukan lagi kerana mendapat redha Allah, bukan lagi kerana ingin menutup fitnah. Niqob nanti hanya sekadar menjadi ikutan atau tred orang dakwah. Kenapa pakai? Sebab kalau nak jadi ustazah, kena pakai niqab baru nampak macam ustazah.
Jangan. Tak pakai niqob bukannya tak solehah, bukannya tidak baik. Saya agak terkilan dengan sebahagian orang yang memakai niqob, memandang rendah mereka yang tidak memakai niqob. Tak pakai niqob juga, bukanlah tidak boleh menyampaikan dakwah bila berada atas jalan tarbiyyah.
Sejak bila pulak, niqob menjadi lesen untuk semua itu?
Bagi yang memakai niqob, teruskan dan perbaiki peribadi. berniqob akan menjadi pandangan dan perhatian manusia dan lelaki lain. Ada yang ingin menghina, maka kamu jagalah diri dari hinaan kamu. Ada yang ingin mencontohi, maka kamu usahakan agar mereka contohi kamu. Ada yang ingin menghargai, mempercayai, maka kamu jangan khianati penghargaan dan kepercayaan mereka.
Seriuslah kalau benar niatnya untuk menjaga diri dari fitnah, mendapat redha dan mardhatillah. Jaga diri, jaga akhlak, jangan melakukan perkara yang terang menimbulkan fitnah. Sememangnya adat orang yang mengamalkan sesuatu yang ghuraba’, dia akan diperhatikan dan musuh menanti-nanti celahan yang boleh membuatkan dia jatuh. Lebih buruk lagi, kejatuhannya memburukkan pula Islam.
Terakhir untuk gadis muslimah
Maka, pakailah dengan kefahaman yang jelas.
Saya ingatkan sekali lagi, dengan kefahaman. Bukan sebab main-main, bukan sebab ikutan kakak atau ustazah, bukan sebab trend, bukan sebab fesyen.
Alangkah indah jika gadis muslimah berhijrah kerana sudah memahami dan ingin melaksanakan tuntutan berniqob tersebut.
Namun sebaliknya sekarang, perkara atau hukum hijab ini seolah-olah dianggap sebagai peredaran fesyen yang sekadar menjadi sebutan dan trend. Pihak yang memberi pengaruh dan ikutan semestinya dari golongan selebriti disebabkan oleh faktor populariti mereka.
Namun yang demikian, perkara niqob ini merupakan suatu tuntutan yang tidak boleh dipandang ringan. Apa yang merisaukan adalah pemahaman terhadap tuntutan ini disalah ertikan dengan pelaksanaan yang sia-sia semata-mata.
Niqob adalah sehelai kain yang digunakan untuk menutupi muka seorang wanita kecuali mata yang lebih dikenali sebagai “purdah”.
Pemakaian niqob bagi seorang wanita menjadi persoalan para ulama masakini sama ada ianya wajib ataupun tidak. Namun begitu, penggunaan niqob dipersetujui bahawa adalah sangat digalakkan.
Sama-samalah kita menjaga diri.
Saya dan kita. Perempuan dan lelaki.
Sama-sama kita perbaiki diri.
Wallahu’alam.

Friday 1 March 2013

Penyeri Jannah


Nabi Muhammad SAW bersabda : "jika salah seorang bidadari menampakkan wajahnya,nescaya akan menerangi antara langit dan bumi." (Riwayat Bukhari)
Sebagai manusia,pastinya kita berimaginasi dan cuba memberi gambaran bagaimanakah rupawannya bidadari itu.
ALLAH SWT menceritakan siapakah bidadari dalam beberapa surah antaranya Surah Al-Waqiah,At-Thuur dan Al-Baqarah,ALLAH menciptakan khas untuk melayani AHLUL JANNAH (ahli jannah).
Isteri solehah yang taat akan setiap perintah ALLAH,Nabi dan suaminya serta langsung tidak melanggar perkara-perkara ditegah Islam boleh dikategorikan sebagai calon bidadari syurga kekal abadi kelak.
Bidadari adalah makhluk ALLAH SWT yang termasuk dalam perkara AL-GHAYBIYYAT (ghaib).
Bidadari dikaitkan secara rapat dengan syurga iaitu tempat istimewa buat hamba ALLAH yang berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Dalam Al-Quran ALLAH menjelaskan kewujudan bidadari syurga yang diciptakan secara istimewa ALLAH berfiman : "Sesungguhnya Kami telah menciptakan (bidadari-bidadari) mereka dengan ciptaan istimewa." (Surah Al-Waqiah 35)
ALLAH menjelaskan hal ini. "Sesiapa yang melakukan amal soleh daripada kalangan lelaki atau perempuan,sedang ia beriman,maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik sesungguhnya Kami akan memberi balasan baik kepada mereka dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang dikerjakan."(Surah An-Nahl 97)
Jelaslah bahawa setiap hamba ALLAH,lelaki atau perempuan yang melakukan kebaikan pasti menerima balasan baik iaitu sebaik-baik balasan adalah syurga dengan segala kenikmatannya termasuk bidadari syurga.
Isteri solehah di dunia akan menjadi ketua bidadari di syurga kelak.Ini bermakna isteri yang taat patuh kepada ALLAH,Rasul dan suaminya layak mendapat kedudukan yang istimewa.
Malah diangkat menjadi ketua bagi sekalian bidadari yang tugasnya menjadi pelayan bagi penghuni syurga.

ALLAH ciptakan bidadari untuk orang yang bertakwa.

Sunday 24 February 2013

Sungguh Dia Berada Dihatiku


Saya merindui awak. . Saya tak dapat nafikan rasa rindu ini. .
Saya tak mampu nak ucapkan rasa rindu ini sebab rindu ini melebihi kata. . Saya serahkan semuanya pada Allah sahaja. . Sesungguhnya saya menyayangi awak. . 

Kadang-kadang saya tersenyum bila teringatkan awak , kadang-kadang saya mengalirkan air mata bila teringatkan awak. . Saya tahu ALLAH mengetahui isi hati saya. . :'(

Sesuatu yang tak terluah , kadang-kadang memang Allah takdirkan kita untuk simpan dalam hati. . Sebab Allah nak kita luah hanya pada Dia. . :')

Bertapa sukarnya menyusun bicara , meluahkan rasa , menuturkan sayang. . Tiada lagi ertinya pengucapan andai akhir nafas dihujung helaan , sebelum mata rapat terpejam , usah biar kehilangan menggantikan lafaz yang tersimpan. . :')

Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH : Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu ."

Ya Allah , aku sungguh merindukannya , semoga kerinduaanku menjadi kerinduaannya. .


Friday 22 February 2013

Perempuan Yang Baik Untuk Lelaki Yang Baik , Lelaki Yang Baik Untuk Perempuan Yang Baik

Salah kah aku jika aku ingin memiliki seseorang yang SOLEH? Salah kah aku jika aku ingin seseorang USTAZ?
Salah kah aku jika aku ingin memiliki seseorang HAFIZ? Salah kah aku jika aku ingin memiliki seseorang yang BERTANGGUNGJAWAB untuk memimpin aku dan membimbing aku?

Ya Allah. . 
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki. .

~Jika dirinya bukan untukku. . Redha hatiku dengan ketentuan-Mu~

Andai aku sedang.....

Andai aku sedang dalam perasaan suka , izinkan aku rasa itu selalu menjadi halal dengan suka aku tentang tingkahnya kerna perilakunya membuat aku mengingati TUHANku. . Andai aku sedang mencintai dia izinkan aku mencintai rsa kehambaan dia itu mengingati aku rasa cinta lebih utama pada penciptaNYA dan jika aku rasa kasih akan dia itu ajari aku menghargai rasa kasih dengan selalu mencuba mendoakannya takkala selesai menghadap TUHANku. . Semoga rsa ini menjadi halal semoga tautan hati ini berbunga takkala mencintai dia apa adanya. . Sungguh aku sangat merasa berbunga bila selalu bersamanya meski jauh wujudnya dia tetap menjadi inspirasi buat diri ini. .