Saturday 31 August 2013

Ini Bukan Sekadar Kata-Kata



Ini bukan sekadar kata. . 

Agar kamu jatuh hati padaku. .

Namun ini adalah kejujuranku. .

Mengapa aku berkata seperti ini ?

Kerana aku menyukai orang yang mencintai-NYA dan mencintai RASUL-NYA. .

dan dengan keteguhanmu boleh mengajakku untuk semakin mencintai-NYA.  .



"AKU MERINDUKANMU KERANA ALLAH". .

Ini bukan untaian rahsia dalam hatiku untuk memikatmu. . 


Mengapa demikian ?

Kerana aku tahu mengucapkan itu menyempurnakan hidupku. .

dan pernikahan adalah sunnah RASULULLAH dan dia adalah kekasih ALLAH. .


"AKU MENUNGGUMU KERANA ALLAH". .

Ini bukan desakan perasaan untuk sebuah penantian. .


Tetapi mengapa ?

Kerana aku tahu diriku banyak kekurangan. .

dan kerananya ku perlukan seseorang yang lebih halus untuk menaklukkan hatiku. .

Yang tegas dan teguh untuk menguatkan hatiku yang lemah dengan izin-NYA. . 


Aku tahu terlalu banyak yang harus kuperbaiki. .

Kerananya aku menunggumu untuk menjadi pendampingku dengan tulusmu. .

Untuk lebih mengajarku dengan sabar hingga kenikmatan imanku terhadap-NYA . .

Semakin dalam dengan izin-NYA disetiap hari dan untuk selamanya. .

Aku tahu dalam hatiku aku tak ingin hidup sendiri kerana aku berharap ALLAH menganugerahkan padaku seorang imam untuk berbagi banyak hal dan menerima kekurangan diri. .

Bila benar ada dalam hidupku. .

Semoga ALLAH memantapkan hati kita dan mendekatkan kita dijalan yang lebih diredhai-NYA. .



Aku mencintaimu kerana ALLAH. .

Aku merindukanmu kerana ALLAH. .
Aku menunggumu kerana ALLAH. .




Di raga manakah kamu bersemayam ?

Dari sini ku menatap jejakmu bagaikan menari dengan angin. .

Di antara gemuruh ombak kerinduanku terasa getarku. .

Izinkan bisik hatiku sebagai petunjuk arahmu dengan izin-NYA. .

YA ALLAH. .


Rendamkanlah rinduku dijalan yg terbaik menurut ENGKAU untuk dunia dan akhiratku. .


Bila saudara dan teman tak lagi cukup menemani kehidupanku. .

Maka hari itu yang aku tunggu. .

Penantiku pasti kerana ENGKAU tidak pernah alpa dalam berjanji dalam kalam-MU. .





No comments:

Post a Comment