Friday 25 October 2013

CORETAN WARKAH

Calon imamku yang dirahmati , 

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita , oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan) , dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta meraka . " 

                                                                   (Surah An-Nisaa' Ayat : 34) 




   Membenarkan seperti apa yang telah DIA katakan dalam Qalam-NYA yang mulia , aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir . Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata . Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaan-NYA . Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran , qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga , INSYAALLAH . 


   Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku . Kau terlalu membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata . Benar ? Ketahuilah , aku tidak menginginkan hantaran bersusun , mas kahwin yang hanya menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama . Cukuplah seandainya , maharku sebuah Qalam Mulia , AL-QURAN , kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumah tangga kita dalam meraih keredhaan-NYA , bukan kekayaan dunia yang hanya bersifat sementara . Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan ini , kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku , INSYAALLAH . Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang di sekelilingmu , itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan . Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur , tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan , karana semuanya berada di dalam udara Qanaah , redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im . 






   Lihatlah rumah tangga Rasulullah SAW , kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan , pernah dapurnya tidak berasap kerana tiada bahan makanan yang dapat dimasak . Walaupun sedemikian susahnya , rumah tangga Rasulullah SAW tetap menjadi rumah tangga yang paling bahagia yang tiada tolok bandingnya hingga ke hari ini . 


   Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini . Cukup dahulu buat tika ini , andai diizinkan aku akan kembali menitipkan lagi kiriman bertintakan hati ini . Akhir bicara , maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan . 

WASALAM . 



"YA ALLAH , GEMBIRAKAN KAMI DENGAN REDHA-MU"




Saturday 5 October 2013

WAHAI KAMU YANG TELAH MELUMPUHKAN HATIKU



Sebenarnya coretan ini ingin aku kirimkan kepada kamu yang melumpuhkan hatiku. . Coretan ini ingin ku selitkan dalam satu kehidupan mu,namun aku hanya perempuan yang tak memiliki keberanian dalam mengungkapkan semua percikan – percikan rasa yang terjadi dalam hatiku. .  Aku hanya dia yang engkau anggap tidak lebih,aku hanya merasa seperti itu. . 

Wahai kamu yang melumpuhkan hatiku,

Seperti yang engkau tahu,aku selalu berusaha menjauhi darimu,aku selalu berusaha bersikap tidak acuh padamu. . Saat di depanmu,aku selalu berlagak normal walaupun aku hanya berpura – pura. . 

Tahukah wahai kamu  yang melumpuhkan hatiku?
Entah mengapa aku dengan mudah berkata “cinta” kepada mereka yang tidak ku cintai. .  Namun kepadamu,lisan ini seolah – olah terkunci. . Dan aku rasa beruntung kerana tidak pernah mengucapkan bahawa aku mencintaimu,walau aku teramat sakit di saat mengetahui bahawa aku bukanlah mereka yang engkau cintai,walaupun itu hanya  prasangka ku. . 
Jika boleh aku beri alasan,mungkin kerana aku takut engkau akan menjadi “illah” kepada ku. .  Kerana itu,aku berusaha untuk mengurung rasa itu jauh ke dalam,sehingga yang terjadi adalah tolakan-tolakan dan lonjakan yang membuatku semakin bingung. . 
Sakit hatiku berbicara bahawa engkau mencintai dia dan tiada aku dalam kamus cintamu. .  Sememangnya sakit,sakit yang terasa begitu perit. .  Namun 1000 kali rasa itu lebih baik di saat aku mengerti bahawa senyum mu adalah sesuatu yang bererti bagiku. .  Ketenteraman mu adalah buah cinta yang amat teramat mendekap hatiku. . 
Dan aku mengerti bahawa aku harus mengalah. . 

Wahai kamu yang melumpuhkan hatiku,
Andai aku boleh berdoa kepada ALLAH,mungkin aku ingin meminta agar Dia membalikkan sang waktu agar aku mampu mengubah saat-saat pertemuan itu,hingga tiada tatapan pertama itu,yang membuat hati ini terus mengingatimu. . Jarang aku memandang lelaki,namun satu pandangan sahaja telah meluluhkan bahkan melumpuhkan hati ini. .  Andai aku buta,tentu itu lebih baik daripada harus kembali lumpuh seperti ini. . 
Banyak lembaran buku yang telah ku telusuri,banyak teman yang telah ku minta pendapat. .  Mereka mendorongku untuk mengakhiri segala prasangku tentang kamu dan dia,kerana sebahagian prasangka adalah suatu kesalahan. . Namun di sudut yang lain,ada dorongan yang begitu kuat untuk ku tetap menahan rasa yang terlalu awal,yang telah tertancap dihati ini. . 

Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku,
Mungkin aku bukanlah perempuan gentleman yang bersedia untuk menikah denganmu dengan segera. .  Masih banyak perkara lain dalam hidup ini yang harus ku kejar. .  Sesungguhnya aku tidak ingin menanggung beban ini,yang akhirnya akan menuju kerosakan,jika hati ini tidak mampu ku jaga. .

Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku,
Mungkin saat ini hatiku adalah milik mu. .  Namun tidak akan aku berikan setitik pun saat-saat ini,kerana aku telah bertekad dalam diriku bahawa saat-saat indah ku hanya akan ku berikan kepada IMAMku. . 

Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku,
Tolong bantu aku untuk meraih imam ku bila dia bukanmu. . 
Wahai engkau yang telah melumpuhkan hatiku,
Tahukah kamu bahawa saat inilah yang paling ku takutkan dalam diriku. . Jika DIA tidak menganugerahkan aku setitik rasa malu,tentu aku telah meminangmu. . Ya,aku tahu 'SEPERTI PERIGI MENCARI TIMBA". . 

Andai rasa malu itu tidak pernah ada,tentu aku tidak berusaha menjauhimu. . Kadangkala aku bingung,apakah penjauhan ini merupakan jalan yang terbaik?
Mengorbankan ukhuwah diantara kita?
atau harus mengorbankan iman dan maluku hanya demi perkara  yang remeh ini?
Aku semakin tidak mengerti diriku. . 

Ingin ku meminta kepada mu,sudikah engkau menungguku? sehingga aku siap dengan yakin untuk menemanimu? Dan kau pun siap untuk membimbingku?
Namun wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku, 
kadangkala aku terfikir,semuanya pasti akan berlalu dan aku merasa saat-saat ini pun akan segera berlalu. . Tetapi ada ketakutan dalam diriku,apabila aku melupakanmu. . Aku takut tidak akan pernah lagi menemukan dirimu dalam diri mereka-mereka yang lain. . 
Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku,
Izinkan aku menutup coretan ini dan biarkan waktu berbicara tentang takdir antara kita. . Mungkin nanti saat dimana mungkin kau telah menimang cucu mu dan aku juga demikian,mungkin kita akan saling tersenyum bersama mengingati kisah lama kita yang tragis ini. . 
Atau mungkin saat kita ditakdirkan untuk menempuh jalan menuju keindahan sebahagian dari iman,kita akan tersenyum bersama akhirnya,setelah menahan perit rindu yang begitu menggoncang. . 
Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku,mintalah kepada Tuhan mu, Tuhan ku, dan Tuhan semua manusia, kesudahan  yang terbaik terhadap kisah kita. . Memintalah kepadaNya agar iman yang tipis ini mampu bertahan,memintalah kepadaNya agar tetap menetapkan malu ini pada tempatnya. . 
Wahai engkau yang sekarang ku cintai,semoga perkara yang terjadi ini bukanlah sebuah DOSA. .