Friday 1 March 2013

Penyeri Jannah


Nabi Muhammad SAW bersabda : "jika salah seorang bidadari menampakkan wajahnya,nescaya akan menerangi antara langit dan bumi." (Riwayat Bukhari)
Sebagai manusia,pastinya kita berimaginasi dan cuba memberi gambaran bagaimanakah rupawannya bidadari itu.
ALLAH SWT menceritakan siapakah bidadari dalam beberapa surah antaranya Surah Al-Waqiah,At-Thuur dan Al-Baqarah,ALLAH menciptakan khas untuk melayani AHLUL JANNAH (ahli jannah).
Isteri solehah yang taat akan setiap perintah ALLAH,Nabi dan suaminya serta langsung tidak melanggar perkara-perkara ditegah Islam boleh dikategorikan sebagai calon bidadari syurga kekal abadi kelak.
Bidadari adalah makhluk ALLAH SWT yang termasuk dalam perkara AL-GHAYBIYYAT (ghaib).
Bidadari dikaitkan secara rapat dengan syurga iaitu tempat istimewa buat hamba ALLAH yang berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Dalam Al-Quran ALLAH menjelaskan kewujudan bidadari syurga yang diciptakan secara istimewa ALLAH berfiman : "Sesungguhnya Kami telah menciptakan (bidadari-bidadari) mereka dengan ciptaan istimewa." (Surah Al-Waqiah 35)
ALLAH menjelaskan hal ini. "Sesiapa yang melakukan amal soleh daripada kalangan lelaki atau perempuan,sedang ia beriman,maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik sesungguhnya Kami akan memberi balasan baik kepada mereka dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang dikerjakan."(Surah An-Nahl 97)
Jelaslah bahawa setiap hamba ALLAH,lelaki atau perempuan yang melakukan kebaikan pasti menerima balasan baik iaitu sebaik-baik balasan adalah syurga dengan segala kenikmatannya termasuk bidadari syurga.
Isteri solehah di dunia akan menjadi ketua bidadari di syurga kelak.Ini bermakna isteri yang taat patuh kepada ALLAH,Rasul dan suaminya layak mendapat kedudukan yang istimewa.
Malah diangkat menjadi ketua bagi sekalian bidadari yang tugasnya menjadi pelayan bagi penghuni syurga.

ALLAH ciptakan bidadari untuk orang yang bertakwa.