Wednesday 16 April 2014

Teristimewa Buatmu

Teristimewa buatmu yang pernah hadir dihatiku. .

Walaupun kita tak pernah bertemu, namun hadirmu selalu menemaniku. . Sebelum ini belum pernah aku mencoretkan sesuatu untukmu. . Aku tak berani ungkapkan rasa itu. . Tetapi tak tahu kenapa hati ini teringin menulis sesuatu untukmu. . Walaupun kamu tidak tahu rasa itu,aku akan tetap menunggu. .
Wahai orang yang lembut hatinya. .
Entah dari mana aku mulai menyusun kata – kata untuk mengungkap segala sedu – sedan dan perasaan yang ada didalam dada. . Saat kau baca coretan ini,anggaplah aku ada di hadapanmu dan menangis,kerana rasa kasihku padamu. . 
Wahai orang yang lembut hatinya. .
Hadirmu tiada ku duga. . Pertemuan denganmu tiada pernah ku kira. . Semua itu adalah sebuah rahsia. . Pastinya Allah ada rencana untuk kita semua. . Sedikit pun aku tak mengenalmu bahkan namapun ku tak tahu. . Pertama kali pertemuan itu telah buat aku suka padamu. .
 Wahai orang yang lembut hatinya. . 
Walaupun kau tak sesempurna harap,namun entahlah aku tertarik padamu. . Hati ini tak mungkin dapat berbohong rasa ini walaupun aku hanya mampu menyimpan dihatiku. . Namun hadirmu selalu ku tunggu. . 
Wahai orang yang lembut hatinya. .
Sejak aku kehilangan rasa aman dan kasih sayang serta merasa sendirian tiada memiliki sesiapa,kecuali Allah. . Kaulah orang pertama datang memberikan ku rasa simpatimu dan kasih sayangmu. . Aku tahu kau telah menitiskan airmata untukku ketika orang lain tidak mempedulikan ku. . 
Wahai orang yang lembut hatinya. .
Ketika orang-orang disekitar ku  tidak peduli dan bosan dengan apa yang menimpa diriku, tetapi kau tidak. . Kerana orang yang ikhlas tidak pernah mahu mengingat kebajikan yang telah dilakukannya.  . Aku hanya ingin mengungkapkan apa yang saat ini berada dalam  jiwa. . 
Wahai orang yang lembut hatinya. .
Sebenarnya aku tidak layak pun untuk menulis semua ini untukmu. . Tetapi rasa hormat dan cintaku padamu yang setiap detik membesar didalam dada terus memaksa. . Aku sebenarnya merasa tidak layak mencintaimu tetapi apa yang mampu dibuat oleh makhluk yang daif seperti ku ini. .  
Wahai Orang yang lembut hatinya. .
Adakah aku salah menulis semua ini? Segalanya menderu di dalam dada dan jiwa. . Sudah lama aku menanggung nestapa. . Hatiku selalu kelam oleh penderitaan. .Aku merasa kau datang dengan seberkas cahaya kasih sayang. . Belum pernah aku merasakan rasa cinta pada seseorang sekuat rasa cintaku padamu. . Aku tidak ingin menganggu dirimu dengan kenistaan kata-kata yang tercoret dalam bingkisan ini. . Jika ada yang bersalut dosa,moga Allah mengampuni. . 
Aku mengharapkan kau menjadi milikku suatu hari nanti. . Semoga  Allah memperkenankan doaku. . AMIN...........................
Maafkan aku andai apa yang aku tulis ini membuatkan sesetengah orang tidak menyukainya, maafkan aku. . 
Ku harap kasih sayangmu dapat menyembuhkan luka ku. . Ku harap kesetiaanmu akan kekal terpatri dalam jiwamu,walaupun aku masih ragu akan semua itu,tetapi semuanya aku serahkan pada sang pemilik hati ini. . 


Sunday 12 January 2014

Jodoh Berdua




Jika cinta mampu untuk kulukiskan,
Garisannya penuh dengan pengharapan,
Sentiasa dalam doaku,
Menyimpan rasa ingin bertemu,
Insan yang masih rahsia dan teristimewa.




Pencarianku kini telah berakhir,
Detik bahgia kini telah pun hadir,
Sungguh aku percaya ketentuan Yang Esa,
Jodoh berdua begitulah takdir.




Yang terlihat kini hanya anugerah,
Dan melafazkan janji yang terindah,
Bersedialah menunggu di garis penghujung,
InshaALLAH ke syurga,
Bersatu kasih kita.


Friday 25 October 2013

CORETAN WARKAH

Calon imamku yang dirahmati , 

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita , oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan) , dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta meraka . " 

                                                                   (Surah An-Nisaa' Ayat : 34) 




   Membenarkan seperti apa yang telah DIA katakan dalam Qalam-NYA yang mulia , aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir . Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata . Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaan-NYA . Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran , qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga , INSYAALLAH . 


   Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku . Kau terlalu membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata . Benar ? Ketahuilah , aku tidak menginginkan hantaran bersusun , mas kahwin yang hanya menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama . Cukuplah seandainya , maharku sebuah Qalam Mulia , AL-QURAN , kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumah tangga kita dalam meraih keredhaan-NYA , bukan kekayaan dunia yang hanya bersifat sementara . Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan ini , kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku , INSYAALLAH . Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang di sekelilingmu , itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan . Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur , tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan , karana semuanya berada di dalam udara Qanaah , redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im . 






   Lihatlah rumah tangga Rasulullah SAW , kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan , pernah dapurnya tidak berasap kerana tiada bahan makanan yang dapat dimasak . Walaupun sedemikian susahnya , rumah tangga Rasulullah SAW tetap menjadi rumah tangga yang paling bahagia yang tiada tolok bandingnya hingga ke hari ini . 


   Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini . Cukup dahulu buat tika ini , andai diizinkan aku akan kembali menitipkan lagi kiriman bertintakan hati ini . Akhir bicara , maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan . 

WASALAM . 



"YA ALLAH , GEMBIRAKAN KAMI DENGAN REDHA-MU"




Saturday 5 October 2013

WAHAI KAMU YANG TELAH MELUMPUHKAN HATIKU



Sebenarnya coretan ini ingin aku kirimkan kepada kamu yang melumpuhkan hatiku. . Coretan ini ingin ku selitkan dalam satu kehidupan mu,namun aku hanya perempuan yang tak memiliki keberanian dalam mengungkapkan semua percikan – percikan rasa yang terjadi dalam hatiku. .  Aku hanya dia yang engkau anggap tidak lebih,aku hanya merasa seperti itu. . 

Wahai kamu yang melumpuhkan hatiku,

Seperti yang engkau tahu,aku selalu berusaha menjauhi darimu,aku selalu berusaha bersikap tidak acuh padamu. . Saat di depanmu,aku selalu berlagak normal walaupun aku hanya berpura – pura. . 

Tahukah wahai kamu  yang melumpuhkan hatiku?
Entah mengapa aku dengan mudah berkata “cinta” kepada mereka yang tidak ku cintai. .  Namun kepadamu,lisan ini seolah – olah terkunci. . Dan aku rasa beruntung kerana tidak pernah mengucapkan bahawa aku mencintaimu,walau aku teramat sakit di saat mengetahui bahawa aku bukanlah mereka yang engkau cintai,walaupun itu hanya  prasangka ku. . 
Jika boleh aku beri alasan,mungkin kerana aku takut engkau akan menjadi “illah” kepada ku. .  Kerana itu,aku berusaha untuk mengurung rasa itu jauh ke dalam,sehingga yang terjadi adalah tolakan-tolakan dan lonjakan yang membuatku semakin bingung. . 
Sakit hatiku berbicara bahawa engkau mencintai dia dan tiada aku dalam kamus cintamu. .  Sememangnya sakit,sakit yang terasa begitu perit. .  Namun 1000 kali rasa itu lebih baik di saat aku mengerti bahawa senyum mu adalah sesuatu yang bererti bagiku. .  Ketenteraman mu adalah buah cinta yang amat teramat mendekap hatiku. . 
Dan aku mengerti bahawa aku harus mengalah. . 

Wahai kamu yang melumpuhkan hatiku,
Andai aku boleh berdoa kepada ALLAH,mungkin aku ingin meminta agar Dia membalikkan sang waktu agar aku mampu mengubah saat-saat pertemuan itu,hingga tiada tatapan pertama itu,yang membuat hati ini terus mengingatimu. . Jarang aku memandang lelaki,namun satu pandangan sahaja telah meluluhkan bahkan melumpuhkan hati ini. .  Andai aku buta,tentu itu lebih baik daripada harus kembali lumpuh seperti ini. . 
Banyak lembaran buku yang telah ku telusuri,banyak teman yang telah ku minta pendapat. .  Mereka mendorongku untuk mengakhiri segala prasangku tentang kamu dan dia,kerana sebahagian prasangka adalah suatu kesalahan. . Namun di sudut yang lain,ada dorongan yang begitu kuat untuk ku tetap menahan rasa yang terlalu awal,yang telah tertancap dihati ini. . 

Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku,
Mungkin aku bukanlah perempuan gentleman yang bersedia untuk menikah denganmu dengan segera. .  Masih banyak perkara lain dalam hidup ini yang harus ku kejar. .  Sesungguhnya aku tidak ingin menanggung beban ini,yang akhirnya akan menuju kerosakan,jika hati ini tidak mampu ku jaga. .

Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku,
Mungkin saat ini hatiku adalah milik mu. .  Namun tidak akan aku berikan setitik pun saat-saat ini,kerana aku telah bertekad dalam diriku bahawa saat-saat indah ku hanya akan ku berikan kepada IMAMku. . 

Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku,
Tolong bantu aku untuk meraih imam ku bila dia bukanmu. . 
Wahai engkau yang telah melumpuhkan hatiku,
Tahukah kamu bahawa saat inilah yang paling ku takutkan dalam diriku. . Jika DIA tidak menganugerahkan aku setitik rasa malu,tentu aku telah meminangmu. . Ya,aku tahu 'SEPERTI PERIGI MENCARI TIMBA". . 

Andai rasa malu itu tidak pernah ada,tentu aku tidak berusaha menjauhimu. . Kadangkala aku bingung,apakah penjauhan ini merupakan jalan yang terbaik?
Mengorbankan ukhuwah diantara kita?
atau harus mengorbankan iman dan maluku hanya demi perkara  yang remeh ini?
Aku semakin tidak mengerti diriku. . 

Ingin ku meminta kepada mu,sudikah engkau menungguku? sehingga aku siap dengan yakin untuk menemanimu? Dan kau pun siap untuk membimbingku?
Namun wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku, 
kadangkala aku terfikir,semuanya pasti akan berlalu dan aku merasa saat-saat ini pun akan segera berlalu. . Tetapi ada ketakutan dalam diriku,apabila aku melupakanmu. . Aku takut tidak akan pernah lagi menemukan dirimu dalam diri mereka-mereka yang lain. . 
Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku,
Izinkan aku menutup coretan ini dan biarkan waktu berbicara tentang takdir antara kita. . Mungkin nanti saat dimana mungkin kau telah menimang cucu mu dan aku juga demikian,mungkin kita akan saling tersenyum bersama mengingati kisah lama kita yang tragis ini. . 
Atau mungkin saat kita ditakdirkan untuk menempuh jalan menuju keindahan sebahagian dari iman,kita akan tersenyum bersama akhirnya,setelah menahan perit rindu yang begitu menggoncang. . 
Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku,mintalah kepada Tuhan mu, Tuhan ku, dan Tuhan semua manusia, kesudahan  yang terbaik terhadap kisah kita. . Memintalah kepadaNya agar iman yang tipis ini mampu bertahan,memintalah kepadaNya agar tetap menetapkan malu ini pada tempatnya. . 
Wahai engkau yang sekarang ku cintai,semoga perkara yang terjadi ini bukanlah sebuah DOSA. . 

Saturday 21 September 2013

Kenapa , Kenapa dan Kenapa ?




“KENAPA PEREMPUAN CEPAT MERAJUK??”
“KENAPA PEREMPUAN SELALU CEMBURU??”
“KENAPA PEREMPUAN SENTIASA RISAU AKAN SESUATU??”

Dan jawapan dari hati seorang insan bernama perempuan. . 

Kami MERAJUK pasti ada sesuatu yang menyentuh hati. . Kami CEMBURU bukan tidak bersebab. . RISAU kami juga bersebab yang menyentuh nurani kami. . Fitrahnya ciptaan seorang perempuan. . Allah ciptakan kami punyai hati yang terlalu halus,punyai 9 nafsu dan 1 akal. . Bukan kami tidak bisa berfikir dan kadang-kadang kami berfikir lebih rasional dari kaum adam. . Cuma fitrah kejadian ini tidak dapat lari dari hati kami,mudah tersentuh. . Sekuat mana perempuan itu pada luarannya..namun dia tetap perempuan…sekalipun dia bisa menggoncang dunia…namun dia tetap perempuan. . Sekalipun dia biasa menakluk dunia,namun dia tetap perempuan,sekalipun dialah yang memegang takhta pemerintahan,namun dia tetap perempuan. . Punyai kehalusan hati,emosi di sisi diri,namun rasional kami jua dari emosi. . :(

Dicipta kami dari tulang rusuk kiri seorang insan bernama lelaki bukan untuk di sakiti,bukan untuk di lukai. . Namun hikmahnya ciptaan kami,dari situ la kami ingin dilindungi,dari sisi kirimu jua kami ingin dikasihi,dari sebelah kiri jua kami dicipta menjadi kekuatan buatmu kaum adam,kami jua sayap kiri buatmu pejuang-pejuang agama Allah,menjadi nadi mujahidah untukmu ISLAM. . :)

Kisah isteri tercinta Rasullullah s.a.w iaitu Siti Aisyah R.A , Di antara bukti cinta Aisyah terhadap suaminya adalah jika bangun tidur dan tidak menemukan Rasulullah di sampingnya, ia merasa khawatir dan gelisah. . KERISAUAN si isteri melihat suami tiada disisi. . Kuatnya cinta yang terpatri di hati insan seorang perempuan,begitu jua kami insan biasa yang diciptakan allah punyai naluri emosi yang kuat,pasti kerisauan datang menjengah bila mana tidak nampak di depan mata. . MAAFKAN KAMI KERANA SERING RISAU AKAN SESUATU. . :'(

Perkongsian dari kisah hati muslimah agung , Siti Aisyah R.A , isteri kesayangan rasullullah. . Dua ciri paling menonjol dalam diri Aisyah adalah sifat manja dan cemburunya yang tebal. . Jika ada orang yang mengaku mencintai Rasulullah seperti ia mencinta beliau,Aisyah merasa sangat sedih dan cemburu,bahkan kendati pun wanita itu sudah wafat. . Misalnya,walaupun Siti Khadijah telah tiada,Rasulullah selalu saja mengenang dan menyebut-nyebut namanya kerana beliau dulu banyak bergantung kepadanya dan hal ini sampai membuat Aisyah cemburu. . Kecemburuan Aisyah ini tidak bisa diredam dan dibendung lagi. . Namun,itu juga sebagai bukti rasa cinta Aisyah kepada Rasulullah. . KECEMBURUAN kami sebenarnya antara kebuktian cinta dan kasih sayang kami. . Bukan tidak cemburu itu tidak sayang tapi mungkin sesuatu itu tidak sampai menyentuh hati yang paling dalam. . MAAFKAN KAMI KERANA SELALU CEMBURU. . :'( 





Saturday 31 August 2013

Ini Bukan Sekadar Kata-Kata



Ini bukan sekadar kata. . 

Agar kamu jatuh hati padaku. .

Namun ini adalah kejujuranku. .

Mengapa aku berkata seperti ini ?

Kerana aku menyukai orang yang mencintai-NYA dan mencintai RASUL-NYA. .

dan dengan keteguhanmu boleh mengajakku untuk semakin mencintai-NYA.  .



"AKU MERINDUKANMU KERANA ALLAH". .

Ini bukan untaian rahsia dalam hatiku untuk memikatmu. . 


Mengapa demikian ?

Kerana aku tahu mengucapkan itu menyempurnakan hidupku. .

dan pernikahan adalah sunnah RASULULLAH dan dia adalah kekasih ALLAH. .


"AKU MENUNGGUMU KERANA ALLAH". .

Ini bukan desakan perasaan untuk sebuah penantian. .


Tetapi mengapa ?

Kerana aku tahu diriku banyak kekurangan. .

dan kerananya ku perlukan seseorang yang lebih halus untuk menaklukkan hatiku. .

Yang tegas dan teguh untuk menguatkan hatiku yang lemah dengan izin-NYA. . 


Aku tahu terlalu banyak yang harus kuperbaiki. .

Kerananya aku menunggumu untuk menjadi pendampingku dengan tulusmu. .

Untuk lebih mengajarku dengan sabar hingga kenikmatan imanku terhadap-NYA . .

Semakin dalam dengan izin-NYA disetiap hari dan untuk selamanya. .

Aku tahu dalam hatiku aku tak ingin hidup sendiri kerana aku berharap ALLAH menganugerahkan padaku seorang imam untuk berbagi banyak hal dan menerima kekurangan diri. .

Bila benar ada dalam hidupku. .

Semoga ALLAH memantapkan hati kita dan mendekatkan kita dijalan yang lebih diredhai-NYA. .



Aku mencintaimu kerana ALLAH. .

Aku merindukanmu kerana ALLAH. .
Aku menunggumu kerana ALLAH. .




Di raga manakah kamu bersemayam ?

Dari sini ku menatap jejakmu bagaikan menari dengan angin. .

Di antara gemuruh ombak kerinduanku terasa getarku. .

Izinkan bisik hatiku sebagai petunjuk arahmu dengan izin-NYA. .

YA ALLAH. .


Rendamkanlah rinduku dijalan yg terbaik menurut ENGKAU untuk dunia dan akhiratku. .


Bila saudara dan teman tak lagi cukup menemani kehidupanku. .

Maka hari itu yang aku tunggu. .

Penantiku pasti kerana ENGKAU tidak pernah alpa dalam berjanji dalam kalam-MU. .





Wednesday 14 August 2013

Hidup Tak Selalu Indah Kerana Di Situlah Keindahan Hidup




Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu,
Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju,
Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati.
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku,
Walau ku tahu ragamu tak utuh,
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh,
Karena bagiku engkaulah nyawaku.
Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu,
Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju,
Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati.
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku,
Walau ku tahu ragamu tak utuh,
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh,
Karena bagiku engkaulah nyawaku.
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku,
Walau ku tahu ragamu tak utuh,
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh,
Karena bagiku engkaulah nyawaku.
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku,
Walau ku tahu ragamu tak utuh,
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh,
Karena bagiku engkaulah nyawaku.
Karena bagiku engkaulah nyawaku.......